fbpx

13 kereta hangus, rosak bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kebakaran di sekitar Kampung Tengah Puchong, malam tadi.

PETALING JAYA – 13 kereta musnah serta mengalami kerosakan akibat kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kelang, Kampung Tengah Puchong, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.45 malam.

“Susulan itu, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong serta BBP Subang Jaya dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah lot bengkel sebelum bergegas melakukan kerja memadamkan api,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kebakaran terbabit menyebabkan bengkel itu musnah 100 peratus namun tidak melibatkan mangsa.

Jelasnya, empat buah kereta musnah sepenuhnya manakala baki sembilan kereta mengalami kerosakan akibat dijilat api yang mana empat daripadanya terjejas 20 peratus dan lima lagi 15 peratus.

“Operasi memadam kebakaran tamat pada pukul 3.20 pagi dan kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran, manakala jumlah sebenar kerugian belum dapat dipastikan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI