fbpx

Tiga bersaudara mangsa lemas Lata Changkah selamat disemadikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah tiga mangsa lemas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Kuala Nerus awal pagi tadi.

SETIU – Keceriaan sebuah keluarga berkelah bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka termasuk dua beradik maut akibat lemas di Lata Changkah, Ulu Seladang di sini semalam.

Kejadian pada pukul 2.30 petang itu mengorbankan Syaridatul Nurfatihah Mohd. Dera, 28, dan adiknya, Syaridatul Noor Safiqa, 26, serta sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, insiden dipercayai berlaku apabila salah seorang daripada mangsa yang asyik mandi bersama dua ahli keluarga lain tiba-tiba lemas.

“Dua mangsa lain cuba membantu namun turut lemas. Kakak sulung dua beradik itu, Sariatul Syafira, 32, yang juga terlibat menolong menyelamat juga hampir lemas.

“Keempat-empat mangsa kemudiannya diselamatkan oleh pengunjung lain di tempat perkelahan itu sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Setiu,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, Syaridatul Nurfatihah, Syaridatul Noor Safiqa dan Siti Aishah disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas sebaik tiba di hospital.

Proses bedah siasat dan memandikan ketiga-tiga mangsa di unit forensik hospital berkenaan selesai sepenuhnya pada kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Jenazah kesemua mangsa kemudiannya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Kuala Nerus pada pukul 4.30 pagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI