fbpx

Sharifah Amani kena Covid-19 pada ulang tahun hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMANI disahkan positif pada ulang tahun hari lahir yang ke-36 semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Amani akur apabila hari paling bermakna iaitu ulang tahun kelahirannya yang ke-36 terpaksa disambut sebagai pesakit Covid-19 selepas terkena jangkitan wabak tersebut semalam.

“Selamat ulang tahun ke-36 Nanina (namanya). Selepas sekian lama cuba mengelak dijangkiti Covid-19, akhirnya datang ‘menziarahi’ saya untuk ‘mengucapkan’ selamat hari jadi.

“Syukur alhamdulillah, saya sebelum ini pun sudah mendapatkan suntikan vaksin termasuk dos penggalak, jadi mungkin simptom-simptom yang dirasai tidak teruk sangat,” tulisnya dalam Instagram sambil memaparkan foto kit ujian pengesanan yang menunjukkan dirinya positif.

Akui Amani, dia juga benar-benar merasai perbezaan bagi sambutan ulang tahunnya kali ini memandangkan sudah mempunyai perancangan tersendiri sebelum ini.

“Tapi nak buat macam mana, inilah cara saya terpaksa sambut sempena ulang tahun kali ini. Tak apalah, macam apa yang orang kata, kita cuma mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.

“Saya terima seadanya dan syukur alhamdulillah kerana telah bertambahnya usia saya untuk hidup di muka bumi ini dan bersama dengan orang-orang yang tersayang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu itu turut berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan rakan terdekat yang mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Terima kasih buat semua yang telah mendoakan. Saya akan kembali dan menjengkelkan anda semua nanti,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI