PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda 10 negeri malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga lewat malam nanti.
“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
“Di Kelantan pula melibatkan Kuala Krai dan Gua Musang manakal di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera,” katanya.
Selain itu, keadaan sama turut dijangka melanda negeri Johor bagi kawasan Tangkak, Segamat dan Muar.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE