fbpx

Remaja dirogol dua lelaki mengandung tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR MAS – Seorang remaja mengandung tiga bulan selepas dipercayai dirogol dua lelaki dalam kejadian berasingan yang berlaku di rumah datuknya pada Februari dan Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun pergi ke Klinik Kesihatan Daerah Pasir Mas di sini kira-kira pukul 10.40 pagi semalam untuk membuka buku rekod kesihatan ibu mengandung.

Menurutnya, pegawai perubatan klinik berkenaan meminta remaja yang sudah mengandung tiga bulan satu hari itu merujuk perkara berkenaan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mangsa mengandung bawah umur.

“Berdasarkan keterangan, remaja itu memaklumkan dia telah melakukan hubungan seks dengan lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Alang pada 19 Februari lalu di rumah datuknya.

“Pada 28 Mac lalu, mangsa dipercayai melakukan perbuatan sama dengan seorang lagi lelaki berusia 17 tahun, namun telah diketahui oleh datuknya semasa memasuki bilik remaja itu sebelum suspek melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, suspek bagaimanapun datang semula bersama ibunya ke rumah mangsa dan berbincang dengan keluarga remaja itu selain mahu bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Katanya, mangsa telah dihantar ke HRPZ II dan pemeriksaan mendapati usia kandungan remaja itu sudah memasuki tiga bulan sehari.

“Siasatan mendapati, mangsa telah berhenti sekolah selain tinggal bersama datuk dan neneknya sejak berusia satu tahun.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dalam kes ini dan tangkapan akan dijalankan dengan segera,” katanya.

Tambah Mohd. Nasaruddin, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI