fbpx

Pesawat misteri ceroboh 7 negara Eropah Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat misteri itu ialah Beechcraft, sama seperti yang digambarkan berhampiran lapangan terbang Glasgow, Prestwick. - ANDY BUCHANAN / AFP

SOFIA, Bulgaria – Sebuah pesawat dua tempat duduk terbang melintasi enam buah negara Eropah Timur tanpa kebenaran dan mencetuskan kerahan pasukan tentera udara sebelum ditinggalkan di Bulgaria oleh kru misteri, kata kementerian pertahanan di Sofia kelmarin.

Pesawat ringan itu terbang melintasi Hungary, menyeberangi Serbia untuk seketika seterus­nya menceroboh Romania sebelum memasuki ruang udara Bulgaria.

Kapal terbang itu menceroboh ruang udara Bulgaria pada pukul 7.09 petang (waktu tempatan) Rabu lepas, demikian menurut kenyataan kementerian ber­kenaan. 

Pesawat jenis Beechcraft dua enjin yang membawa dua orang itu tidak mendapat kelulusan penerbangan, manakala radar­nya juga dimatikan.

Juruterbangnya juga tidak menjawab sebarang komunikasi radio menara kawalan dan isyarat visual.

Dua jet pejuang Gripen milik Hungary, dua pesawat tempur F-16 Amerika Syarikat dan dua jet F-16 Romania memintas penceroboh itu secara berselang-seli dan mengiringinya sehingga ia memasuki ruang udara Bulga­ria, tambah Bucharest.

“Tentera Udara Bulgaria tidak segera menghantar jet pejuang kerana kapal terbang itu tidak dianggap sebagai ancaman,” kata Menteri Pertahanan Bulgaria, Dragomir Zakov kepada pemberita.

Kata kementerian sama, situa­si ribut petir dan hujan lebat ketika itu menyukarkan untuk me­lakukan penerbangan.

Pesawat itu berhenti untuk mengisi bahan api di bandar Vidin dekat Sungai Danube, barat laut Bulgaria, manakala pihak berkuasa kemudian menemui­nya ditinggalkan di sebuah landasan lama dekat Targovishte, timur laut negara itu.

Enjin pesawat masih panas ketika ditemui tetapi krunya hilang, kata Menteri Dalam Negeri, Boyko Rashkov.

Rashkov berkata, kapal terbang itu berusia 60 tahun dan kali pertama berlepas dari Lithua­nia. Pesawat tersebut juga melintasi Poland dan Slovakia bermakna ia menyeberang tujuh negara Eropah Timur tanpa kebenaran. – AFP                 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI