fbpx

Mansuh hukuman mati mandatori tidak jejas tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tengah) menerima borang keahlian Bersatu daripada Ketua Bahagian Bersatu Baling, Mohd. Taufik Yaakob pada Majlis Kenduri Raya Bersatu di Baling, hari ini.

BALING – Keputusan kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori tidak akan menjejaskan penguatkuasaan polis dalam mengekang kes-kes yang melibatkan jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya malah menyokong keputusan tersebut kerana ia memberi ruang kepada hakim untuk menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan sebelum menjatuhkan hukuman.

“Penguatkuasaan masih diteruskan, malah kita dan polis sendiri pun fikir bahawa ada baiknya diberi kelonggaran kepada pelaksanaan hukuman mati mandatori ini.

“Ia disebabkan kalau kita nak ambil sesuatu tindakan itu, kadang-kadang bukti “on the thin line”,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kenduri Raya Bersatu Baling di Dataran Pejabat Bersatu Baling di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan keputusan kerajaan itu terhadap tugas polis dalam membanteras jenayah berat.

Hamzah berkata, hukuman mati tetap ada, namun hakim diberikan ruang untuk menentukan hukuman yang perlu dijatuhkan.

“Contohnya kalau ada satu-satu kesalahan, biarlah hakim yang menentukan sama ada orang itu harus diberikan hukuman gantung atau (penjara) seumur hidup.

“Bila ada kelonggaran ini, ia beri ruang untuk hakim memikirkan tanggungjawab kerana dia sebagai seorang yang benar-benar tahu serta mendengar masalah dalam mahkamah serta bukti dikemukakan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI