fbpx

Majlis Mesra Media, TNB meriah disertai lebih 40 pengarang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam telah menganjurkan Majlis Mesra Media di sebuah hotel di sini yang turut disertai lebih 40 pengarang berita am, ekonomi dan digital dari media cetak dan elektronik.

Dalam majlis yang telah dihadiri Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin dan pengurusan tertinggi kumpulan itu turut memberi ruang kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ir. Baharin Din mengenai perkembangan semasa, cabaran dan masa depan industri tenaga negara.

Beliau menjelaskan mengenai  perkara berkaitan kesan kenaikan harga bahan api fosil global terhadap kos penjanaan tenaga negara, yang disemak setiap enam bulan melalui Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), yang digunakan kerajaan dalam menentukan tarif elektrik.

 

Selain itu, baharin menjelaskan mengenai masa depan industri tenaga yang lebih mampan, yang mana Kumpulan menyumbang melalui pelan strategik Hala Tuju Kelestarian 2050 dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih, selari komitmennya terhadap agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Program ini adalah urutan pendekatan libat urus TNB bersama media pada setiap suku tahun bagi memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat mengenai pelbagai isu industri tenaga. 

Sejak awal tahun, dua sesi secara atas talian telah berjaya dilaksanakan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI