PETALING JAYA – Aksi penunggang motosikal tersalah isi minyak jenis diesel ke dalam motorsikal besarnya telah menjadi tular dan mencuri perhatian warganet.
Video tular berdurasi 37 saat itu telah dimuatnaik di halaman Facebook The Biker Rangers yang mana mempertontonkan sebuah motorsikal berkuasa besar jenama Harley-Davidson tidak lagi dapat dihidupkan enjinnya.
Ini berlaku setelah tuan kepada motorsikal terbabit telah tersalah memasukkan minyak jenis diesel ke dalam motorsikalnya itu.
Kosmo! walaubagaimanapun gagal mengenalpasti lokasi tepat di mana kejadian itu berlaku.
Klip tular itu menjadi lebih menarik apabala rakan-rakan kepada tuan motorsikal terbabit yang masing-masing dengan kerenah mereka sambil cuba membantu beliau.
Meninjau di ruangan komen, netizen juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsikan pendapat mereka.
“Dah umur meningkat ini biasalah jika tersalah melakukan perbuatan sebegini,” ujar pengguna @M Zi Hanna.
“Abang ini rabun warna mungkin,” kata @Cheawe Wan.
“Ini kalau motorsikal sendiri tidak apa, tetapi kalau motor pinjam orang habislah nanti,” kata pengguna @Kwang Haa Joo. – KOSMO! ONLINE.