fbpx

Exco tegur restoran viral, diminta jaga tutur bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hee Sem mengunjungi dan berjumpa pemilik sebuah restoran di Melaka yang tular di media sosial hari ini.

MELAKA – Kerajaan negeri menegur peniaga sebuah restoran yang tular sebelum ini untuk menjaga tutur bahasa selepas didakwa bercakap kasar dengan pelanggan.

Teguran itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Perpaduan, Penerangan, Tenaga Kerja dan Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem yang mengunjungi dan berjumpa pemilik restoran berkenaan hari ini.

Menurut Hee Sem, meskipun Melaka terkenal dengan lenggok bahasa yang kasar, namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk bercakap semberono sehingga mencalarkan imej negeri.

Katanya, insiden itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi pelanggan yang datang untuk menjamu selera terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

“Kita tidak mahu timbul salah faham membabitkan pelancong luar sehingga mencalarkan imej Melaka, mungkin sudah memang cara bertutur mereka begitu (kasar) tetapi bukan semua boleh terima,” katanya.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut di restoran tersebut mendapati pemilik tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI