fbpx

Elak ganggu tapir di Jalan Bukit Putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan seekor tapir yang melintasi Jalan Lama Bukit Putus dekat Kuala Pilah pagi tadi.-GAMBAR/FACEBOOK CL LOONG

SEREMBAN – Orang ramai yang melalui Jalan Lama Bukit Putus, Kuala Pilah dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang gangguan sekiranya terserempak dengan tapir di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Nurul Ermi Ramli berkata, ia susulan tular rakaman video di media sosial hari ini yang menunjukkan seekor tapir yang melintasi jalan tersebut pagi tadi.

“Kami mengesahkan video yang diambil oleh individu tersebut adalah di laluan Jalan Lama Bukit Putus. Terdapat dua papan tanda lintasan tapir di kawasan berkenaan bagi memastikan orang ramai yang melalui kawasan itu agar berhati-hati.

“Tapir tidak berbahaya namun saya memohon agar orang ramai dan pengguna jalan raya tidak menganggu tapir berkenaan dan membiarkan haiwan tersebut masuk ke dalam habitatnya semula,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tular sejak pagi tadi rakama video berdurasi 1.09 minit menerusi akaun Facebook CL Loong yang menunjukkan seekor tapir melintasi jalan di Jalan Lama Bukit Putus, Kuala Pilah dan kemudian memasuki semula ke kawasan hutan berhampiran.

Menurut Nurul Ermi lagi, Hutan Simpan Gunung Angsi di Kuala Pilah merupakan lokasi habitat hidupan liar di negeri ini termasuk tapir.

“Terdapat dua lokasi habitat hidupan haiwan liat berkenaan di negeri ini iaitu di Hutan Simpan Gunung Angsi, Jalan Kuala Pilah- Seremban dan Hutan Simpan Berembun di sini.

“Tapir ini juga akan keluar dari habitatnya pada bila-bila masa tanpa mengikut perubahan cuaca,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI