fbpx

Dua maut pacuan empat roda terbabas ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa naik mangsa yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 192 Lebuh Raya Pantai Timur 1 di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Dua warga emas maut selepas kenderaan jenis Mitsubishi Triton dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 192 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah Abd. Talib Akob,73, dan Fuziah Mohd Marzuki, 62, yang merupakan penumpang kenderaan pacuan empat roda berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 5.29 petang berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Bomba yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah pacuan empat roda terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam tiga meter.

“Terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa meninggal dunia manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang maut telah dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI