SEJAK akhir-akhir ini, banyak drama tanah air menjadi bahan bualan netizen sehingga tular dalam media sosial.
Terbaharu, drama Melur Untuk Firdaus lakonan Anna Jobling bersama Meerqeen pula menjadi kegilaan ramai sehingga tular ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.
Hampir kesemua babak romantis lakonan mereka sohor kini dalam media sosial khususnya TikTok.
Disebabkan itu, ramai yang mula cair dengan cara lakonan kedua-dua pelakon tersebut terutama Meerqeen.
“Sebelum ini aku jatuh cinta dengan pelakon Korea, kini Malaysia, sampai ‘ter Firdaus-Firdaus’,” komen netizen.
“Penatlah senyum seorang diri menonton drama ini. Auranya sama seperti menonton drama Korea!” puji seorang lagi netizen.