fbpx

Buruh maut, isteri dan anak cedera parah akibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Saga dan Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di i Kilometer 114, Jalan Jerangau- Jabor, Kemaman malam tadi

KEMAMAN – Seorang buruh maut manakala isteri dan seorang anak perempuan mereka cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 114, Jalan Jerangau- Jabor berhampiran sempadan daerah Dungun dan Kemaman di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam itu, Mazlan Daud, 55, yang memandu kereta jenis Proton Saga maut akibat kecederaan parah di bahagian badan.

Isteri mangsa, Siti Mahanon Sh. Ibrahim, 51, pula cedera parah pada bahagian tangan dan kaki manakala anak mereka, Siti Sofrina, 12, pula patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, keluarga tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Seri Damai, Kuantan, Pahang.

“Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menziarahi keluarga di Kuala Terengganu. Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Saga dipandu Mazlan didakwa telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang dipandu seorang kontraktor berusia 43 tahun di laluan bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kereta Proton Saga berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, seorang lagi anak pasangan suami isteri tersebut yang berada di dalam kereta Proton Saga terbabit iaitu Nor Arina Jumaat, 29, yang juga anak tiri Mazlan terselamat tanpa sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI