fbpx

Bahrain selesa pendekatan merendah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUSA mengakui pasukannya tidak dapat menjalani persiapan lebih sempurna dan sedikit menjejaskan kualiti permainan pasukan Bahrain. – FAM

SEKALI pun berada di ranking lebih baik berbanding Harimau Malaya, Bahrain pantas memilih jalan selamat apabila enggan bersikap terlalu ego menjelang pertemuan kedua Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Apa yang dilalui Turkmenistan sebelum ini pantas menjadi pengajaran terbaik dan pengendalinya, Helio Sousa tidak mahu mengulangi kesilapan rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Yazguly Hojageldiyev yang memperlekehkan sumbangan pemain ke-12 Harimau Malaya.

“Sejak kami tiba di sini, kami hanya bermain untuk menang tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang apa yang dimiliki pasukan lain. Saya jangka ia menjadi perlawanan yang sukar kerana Malaysia juga sudah bertambah baik.

“Malaysia pastinya akan memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dan mereka ada lebih seorang lagi ‘pemain’ (penyokong) yang mampu beri sumbangan kepada pasukan.

“Dalam masa sama, kami tiada alasan lagi dan perlu tingkatkan prestasi serta mencuba sehabis baik. Sekarang ini, kami hanya perlu pastikan persiapan berjaya dengan baik dan cuba memenangi perlawanan,” ketika sidang media pra perlawanan, semalam.

Daripada empat pasukan, Bahrain dilabel sebagai pilihan untuk menjuarai Kumpulan E, namun daripada pemerhatiannya sebelum ini, Sousa turut mengakui pasukannya tidak dapat menjalani persiapan sempurna dan mungkin sedikit menjejaskan kualiti permainan pasukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI