fbpx

Ashira muak, rimas netizen asyik tanya pasal tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAS Ashira, dia tidak pernah memberitahu secara rasmi dirinya sudah berhijab penuh. Justeru, dia mohon netizen mendoakan yang baik-baik berbanding hanya mengeji.

PETALING JAYA – Penyanyi Ashira mengakui sudah mula muak dan rimas dengan pertanyaan berulang kali netizen mengenai imejnya yang kini selesa tanpa hijab.

Kata Ashira, dia sedar bukan mudah untuk seorang wanita bergelar muslimah berubah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dengan apa yang dilakukan.

“Sudah-sudahlah DM (mesej) komen tanya dah free hair (tidak bertudung) ke? Saya memang tak bertudung, bukan dah tak bertudung. Ya, kadang-kadang saya pakai tudung sebelum ini mencuba dan memang terasa nak ke arah itu.

“Salah ke? Masih belum sempurna dan saya tak pernah cakap yang saya dah bertudung sepenuhnya secara rasmi. Orang tanya pun saya jawab tak berani nak cakap, doa yang baik-baik saja.

“Nak berubah memang senang cakap saja terus boleh buat tapi istiqamah itu yang susah. Tak ada bayi yang baru lahir esok boleh terus berjalan,” tulisnya dalam InstaStory.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berharap netizen tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk dirinya daripada terus melemparkan kecaman.

“Satu yang saya percaya, Allah Maha Adil, saya percaya dengan aturan-Nya. Jadi, daripada nak mengecam tanpa tahu hujung pangkal cerita, baik doa yang baik-baik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Jelas ya, jangan komen yang bukan-bukan lagi dekat Facebook ke Instagram ke atau TikTok. Saya hanya manusia biasa, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tiada lagi penjelasan selepas ini,” katanya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada Bad Indigo itu menyifatkan, bukan semua wanita yang tidak menutup aurat itu jahat.

“Tak semua manusia yang tak bertudung itu hina dan keji atau jahat ya. Kadang-kadang yang bertutup lagi hitam hati daripada yang tidak bertutup.

“Ramai depan mata saya, macam-macam dah saya lalui. Sudah-sudahlah ambil tahu hal orang lain. Saya tak kacau hidup sesiapa pun, sudahlah,” tegasnya.

Terdahulu, penampilan Ashira yang tidak bertudung ketika bekerja sebagai penyanyi restoran pub setiap hujung minggu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.

Dikatakan, Ashira terpaksa kembali menyanyi di kelab malam disebabkan kurang mendapat tawaran membuat persembahan selain mahu mencari pendapatan tambahan bagi menanggung keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI