fbpx

Ulama tegah beri lembu minum air kencing manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan segelintir penternak lembu memberi minum air kencing manusia kepada haiwan itu adalah perbuatan yang dilarang oleh ulama.

Ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, haiwan yang diberi minum air kencing manusia telah menjadi haiwan kotor dan ia tidak elok.

Bagaimanapun katanya, jika memberi air kencing itu adalah bertujuan untuk menjinakkan haiwan itu, maka hukumnya adalah harus.

“Tetapi bukan setiap hari beri minum air kencing tuan lembu kepada lembu, hanya sekali beri untuk haiwan itu jinak sahaja.

“Sama seperti kita bela anjing untuk memburu contohnya, kita boleh beri anjing menjilat tangan supaya anjing itu kenal tuannya. Selepas itu samaklah balik mengikut hukum,” katanya di laman Facebook.

Menjelaskan lagi perkara itu, Azhar berkata, haiwan tidak terikat dengan apa-apa hukum syarak dan manusia sahaja yang terikat dengan hukum tersebut.

Seperti contohnya kes lembu tadi, haiwan tersebut tidak haram atau berdosa jika minum air kencing tuannya.

“Sama juga binatang lain, tiada istilah halal haram, harus atau berdosa bagi haiwan. Kambing berzina dengan kambing tidak berdosa.

“Begitu juga lembu jika ia LGBT pun tidak berdosa, kera kalau main judi pun tidak berdosa. Hukum syarak hanyalah kepada manusia sahaja,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI