fbpx

Sooka NSL: Selangor Angels waspada ancaman Melaka Mystic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FIRRA mahu rakan-rakan sepasukan tidak mengambil muda aksi menentang Melaka Mystic pada Sooka NSL 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

TONGGAK Selangor Angels, Nur Firra Syuhada Hasrin ti­dak mahu mengambil mudah cabaran Melaka Mystic menje­lang aksi seterusnya Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

Sebaliknya, goal de­fender berusia 22 tahun itu berharap rakan sepasukannya memanfaatkan aksi tersebut dengan memperbaiki kelemahan sebelum berdepan pasukan pi­lihan, Johor Jewels hujung minggu depan.

“Melaka ba­nyak meningkat tahun ini, jadi kami tak boleh ambil perlawanan itu de­ngan mudah. Kami perlu tingkatkan permainan, cuba dapatkan ja­ringan yang ba­nyak apabila menentang Me­laka.

“Kami ba­nyak lagi kurang dan banyak perlu diperbetulkan sebenarnya. Contohnya kombinasi antara shooter dan persefahaman antara saya dengan pasangan dari segi pertahanan.

“Kombinasi kami semasa latihan juga masih belum cukup. Jadi, aksi bertemu Melaka inilah peluang kami untuk betulkan teknikal dan taktikal permainan kami,” katanya.

Dalam masa sama, Firra juga berharap, perkara sama dapat dilakukan mereka untuk satu lagi aksi minggu ini menentang Ne­geri Sembilan (NS) Venom pada Ahad nanti.

Penuntut di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Cheras itu berkata, NS Venom adalah sebuah pasukan yang boleh memberi cabaran kerana mempunyai ramai pemain berkualiti.

Tiga lagi aksi turut berlangsung hari ini membabitkan juara bertahan, Kuala Lumpur Wildcats menentang Perak Phoenix, Pahang Tulips bertemu Kedah Sunshine dan Johor Jewels be­rentap dengan NS Venom.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI