fbpx

Perjuangan genre trapsoul Guccimith, Zhe Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUO yang dikenali sebagai Guccimith (kanan) dan Zhe Kamil mempertaruhkan single Apa Lagi.

NAMA dua penyanyi ini mungkin jarang kedengaran dalam kalangan penggemar muzik tempatan, namun bagi duo R&B, Guccimith dan Zhe Kamil, mereka sebenarnya sudah menapak dalam persada industri seni tempatan sejak beberapa tahun lalu.

Pun begitu ujar Guccimith, mereka bukanlah duo hip-hop seperti disangka ramai kerana dia dan Zhe Kamil turut menghasilkan pelbagai jenis muzik yang berlainan genre.

Mereka bermula sebagai duo muzikal secara tidak sengaja ketika pertama kali bertemu di sebuah acara ‘open mic’.

“Zhe memberitahu saya yang dia berkebolehan menghasilkan beats (rentak pelbagai) dan merupakan seorang penerbit muzik bebas.

“Kami kemudian berbincang dan lantas bersetuju cuba bekerjasama. Siapa sangka, keserasian yang terjalin antara kami ternyata membuahkan hasil menakjubkan,” ujar Guccimith yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Cabaran genre

Mendepani hala tuju karier mereka, duo itu menampilkan sebuah single berentak R&B dalam nuansa trapsoul berjudul Apa Lagi terbitan Warner Music Malaysia.

Apa Lagi merupakan nukilan Guccimith dan Zhe Kamil yang telah lama direncanakan iaitu sejak 2020, sebelum Covid-19 menerpa dunia sehingga kedatangan pandemik merencatkan proses menyiapkan lagu tersebut.

PERTEMUAN tidak sengaja dalam sebuah acara mencetuskan kerjasama antara Guccimith dan Zhe Kamil sehingga terlahirnya single Apa

Pun begitu, kedua-dua penyanyi itu mengakui berdepan cabaran dalam memperjuangkan dan memperkenalkan jenis muzik yang dibawakan mereka iaitu trapsoul.

“Kami tidak tahu jika masyarakat kita boleh menerima jenis muzik sebegini. Sebab di negara ini, sangat terkenal lagu-lagu jenis pop dan berunsur ‘jiwang’.

“Tetapi kami tetap yakin dan akan bekerja keras supaya muzik yang kami perjuangkan dapat diterima di seluruh negara suatu hari nanti,” ujar Guccimith.

Lagu Apa Lagi boleh dimuat turun menerusi iTunes dan didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti JOOX, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan YouTube Music.

Selain itu, video muzik rasmi (MV) lagu Apa Lagi turut dilancarkan dengan memaparkan jalan cerita yang menarik.

“Dalam MV lagu ini, penonton akan menyaksikan sebuah kisah tentang seorang lelaki yang ingin mengubah hidup bersama pasangannya.

“Lelaki itu sudah lama hidup susah sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk keluar dari situasi tersebut. Jalan cerita dalam lagu ini pula mengangkat kisah cinta antara dua darjat,” kongsi Zhe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI