fbpx

Pengunjung Pusat Sains Negara melonjak 5,500 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengunjung teruja melihat pameran sains di Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur baru-baru ini. -GAMBAR IHSAN PSN

KUALA LUMPUR – Tawaran kemasukan percuma selama dua hari yang berakhir semalam kepada warga tempatan sempena cuti persekolahan minggu ini menarik kira-kira 5,500 pengunjung sehari ke Pusat Sains Negara (PSN) di sini.

Pegawai Perhubungan Awam PSN, Muhammad Taufiq Moha­med Ibrahim berkata, pengunjung yang terdiri daripada golo­ngan kanak-kanak, ibu bapa serta warga emas itu memanfaatkan peluang ynag ditawarkan PSN.

“Selama tempoh dua hari penganjuran masuk percuma itu yang berakhir hari ini (semalam), PSN mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.

“Lebih mengejutkan, kunju­ngan orang ramai ke PSN adalah di luar jangkaan kerana me­ningkat dua kali ganda sebanyak 5,500 orang berbanding hari biasa dengan jumlah kunjungan sekitar 2,000 orang pada setiap hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata, setakat ini pihak PSN tidak menetapkan had jumlah pengunjung.

“Pada cuti sekolah kali ini, kami menyediakan pelbagai aktiviti utama seperti ‘School’s Out Kids In’ khusus buat para pe­ngunjung yang hadir ke Pusat Sains Negara.

Kanak-kanak teruja menyertai aktiviti bercirikan pengetahuan sains yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara.-GAMBAR IHSAN PSN

“Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah mini galeri Covid-19 yang membawa tema ‘Living with Covid-19’.

“Mini galeri tersebut diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada pengunjung mengenai keberkesanan vaksin seperti yang disarankan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hampir dua tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Taufiq juga menyasarkan jumlah pengunjung yang lebih ramai pada musim percutian sekolah kali ini selain dapat memberikan pengetahuan am kepada orang ramai.

“Lebih menarik, golongan ibu bapa juga boleh mencipta detik ­gembira bersama anak-anak di Pusat Sains Negara dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti makmal dan beberapa aktiviti fenomena sains yang lain.

“Selain itu, kita juga meng­galakkan ibu bapa dan pelajar universiti yang mencintai hubu­ngan sains, alam sekitar dan aspek-aspek kehidupan serta pengetahuan am berkaitan sains boleh hadir ke Pusat Sains Negara untuk menikmati tawaran yang kami sediakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI