fbpx

Orang ramai diminta tidak beli salamander berwarna-warni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Axolotl berwarna-warni ini hanya mampu hidup selama seminggu sebelum mati disebabkan bahan kimia yang digunakan dalam pewarna. - Thai PBS

BANGKOK – Pakar-pakar  amfibia menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan trend pembelian haiwan jenis salamander dinamakan  axolotl yang berwarna-warni kerana ia mengundang kepupusan spesies tersebut.

Menurut akhbar Bangkok Post, axolotl yang berasal dari Mexico,  kebiasaannya mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 15 tahun.

Namun begitu, disebabkan bahan kimia yang digunakan bagi menukar warna amfibia ini membuatkan axolotl akan mati dalam masa seminggu sahaja.

“Kebanyakan kanak-kanak teruja untuk mendapatkan axo­lotl berwarna-warni sebagai haiwan peliharaan mereka  kera­na ia karakter popular dalam permainan video.

“Namun,  jangka hayat axolotl berwarna-warni hanyalah se­minggu kerana bahan pewarna yang digunakan akan membunuhnya sekali gus menyebabkan spesies ini semakin terancam,” kata sebuah pertubuhan pembiakan haiwan tersebut dalam kenyataan di laman sosial.

Axolotl berwarna-warni itu boleh didapati dengan mudah di pasar Chatuchak, Bangkok.

Spesies itu diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).

Setakat ini, dianggarkan hanya 50 hingga 1,000 axolotl liar yang masih wujud dan tinggal di hutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI