fbpx

Liverpool, Nunez dilaporkan sudah bersetuju terma peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ akan menjadi pemain termahal dalam sejarah Liverpool sekiranya penyerang Uruguay tersebut berhijrah ke Anfield musim depan. – AGENSI

LIVERPOOL – Penyerang me­ningkat naik Benfica dan Uruguay, Darwin Nunez semakin hampir untuk menandatangani kontrak lima tahun bersama Liverpool selepas dikatakan bersetuju de­ngan terma-terma peribadi.

Urusan perpindahan itu dijang­ka menelan kos tinggi ditanggung The Reds kerana perlu memecahkan rekod perpindahan termahal kelab yang dianggarkan bernilai £85 juta (RM468.10 juta).

Ia sekali gus mengatasi harga termahal pernah dibayar Liverpool iaitu £75 juta (RM413.03 juta) sewaktu membeli Virgil van Dijk daripada Southampton pada 27 Disember 2017.

Jika melihat kepada jendela perpindahan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, ia bukan satu masalah buat Liverpool untuk membayar harga tersebut.

Kehadiran Nunez, 22, akan menguatkan jentera serangan skuad bimbingan Jurgen Klopp itu yang pastinya mahu menebus kekecewaan terlepas menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara musim lalu.

“Saya pernah bermain menentangnya dan dia adalah seorang pemain yang bagus,” kata pe­nyerang Liverpool, Diogo Jota yang tidak sabar bergandingan dengan Nunez musim depan.

Ia bakal menjadi pembe­lian kedua Liverpool ketika ini selepas melengkapkan perpindahan mendapatkan bintang muda Portugal, Fabio Carvalho dari Fulham bernilai £7.7 juta (RM42.40 juta).

Selain itu, Nunez juga mampu menjadi pengganti kepada Sadio Mane yang masa depannya terus menjadi tanda tanya selepas meluahkan hasrat untuk menyertai Bayern Munich musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI