fbpx

KL Wildcats pamer taring benam Perak Phoenix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang pasukan KL Wildcats, Puteri Intan Balqis Ahmad Zulkefli (dua dari kanan) melakukan jaringan pada pertemuan menentang Perak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) Wildcats meneruskan aksi tanpa kalah dalam saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 selepas membenam cabaran Perak Phoenix 61-30 di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, KL yang turun sebagai pasukan pilihan bermula garang apabila melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu pertahanan perak dan berjaya mendahului 13-8.

KL yang diketuai duo serangan, Nordiyanah Noor Sabadinee dan Puteri Intan Balqis Ahmad Zulkefli terus ‘mengganas’ pada suku masa kedua apabila menambah jaringan bagi menjarakkan diri 35-16 daripada skuad kendalian Almastara Mohd. Hasim.

“Strategi malam ini memang jurulatih mahu kami bermain dengan tempo tinggi, oleh itu secara automatik kami akan patahkan serangan pasukan lawan dan lancar serangan balas ke arah kubu pertahanan mereka.

“Memang ada beberapa pertukaran pemain dan perubahan posisi dilakukan tetapi ia adalah percaturan jurulatih. Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan masalah kerana setiap pemain KL sekurang-kurangnya boleh bermain tiga posisi,” kata pemain pertahanan KL, Nur Amisya Khairuddin.

Memasuki suku masa ketiga, kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran pemain, namun tempo permainan tetap tidak berubah apabila masing-masing terus berbalas serangan dan mencipta jaringan.

Perak juga dilihat beberapa kali memberi tekanan kepada barisan pertahanan KL dan cuba merapatkan jurang mata, namun terpaksa akur apabila masih jauh ketinggalan 24-44 sebaik sahaja suku masa ketiga berakhir.

Pada suku masa keempat, nafsu menyerang KL sukar lagi dibendung apabila mereka meneruskan aksi agresif sebelum memastikan kemenangan muktamad 61-30 untuk terus selesa berada dalam kelompok empat pasukan teratas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI