fbpx

Kemboja isytihar bebas daripada wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menerima dos pertama vaksin Sinopharm Covid-19 buatan China di sebuah sekolah di Phnom Penh pada 3 Mei 2021. - AFP

PHNOM PENH – Kementerian Kesihatan Kemboja mengumumkan bahawa negara ber­kenaan bebas sepenuhnya da­ripada wabak Covid-19 selepas pesakit terakhirnya pulih, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

Menurut kenyataan itu, Kemboja tidak melaporkan kes baharu Covid-19 selama 31 hari berturut-turut.

Sejak wabak Covid-19 bermula pada Januari 2020, negara Asia Tenggara itu mencatatkan sejumlah 136,262 kes disahkan dengan 133,206 pesakit pulih di samping 3,056 kematian.

Setiausaha Kementerian Kesihatan, Or Vandine menyifatkan kejayaan Kemboja mengawal wabak itu disebabkan oleh kepimpinan kerajaan dan keberkesanan vaksin Covid-19.

“Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen membuat keputusan yang tepat untuk memberikan vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua warga Kemboja.

“Vaksin adalah alat paling berkuasa untuk melindungi nyawa daripada Covid-19 ” katanya.

Kemboja memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada lebih 15 juta penduduk atau 94 peratus daripada 16 juta penduduknya setakat ini.

Sebahagian daripada jumlah tersebut iaitu 14.3 juta penduduk menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Kira-kira 9.25 juta orang telah mendapat dos ketiga, manakala 2.58 juta lagi mene­rima dos keempat.

Kemboja menyambung se­mula semua aktiviti sosio­ekonomi dan membuka sempadannya kepada pengembara yang diberi vaksin lengkap sejak November tahun lalu.

Kebanyakan vaksin yang digunakan ialah Sinovac dan Sinopharm dari China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI