fbpx

Ini baru permulaan Harimau Malaya – Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) berlari ke arah rakan-rakan sepasukan bagi meraikan jaringan pembukaan skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui puas hati dengan aksi bertenaga yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya selepas menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi pembukaan Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara berjaya mengutip tiga mata berharga hasil jaringan Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin-ong, manakala Turkmenistan meraih gol sagu hati menerusi Altymyrat Annadurdyyev.

Kata Pan-gon, prestasi memukau yang ditampilkan oleh barisan pemain terutama dalam mendominasi perlawanan pada babak pertama wajar dipuji selepas berjaya menunjukkan karakter ‘harimau’ sebenar.

“Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia yang menjadi nadi kepada pasukan kami. Pemain telah bekerja keras untuk memberi kebanggaan buat mereka dan saya berpuas hati dengan sumbangan yang dilakukan.

“Harus diakui pada masa pertama kita beraksi dengan baik apabila tampil tenang mengawal perlawanan tetapi selepas kedudukan 3-1 di babak kedua, kita lebih agresif tetapi ini adalah sebahagian daripada perancangan yang barisan kejurulatihan lakukan.

“Apa yang pasti, pasukan telah memberikan seratus peratus di atas padang dengan menguasai perlawanan selain mempamerkan aksi bertenaga serta sema­ngat juang tinggi.

“Cuma, ini adalah permulaan dan kita perlu harungi dua lagi perlawanan penting khususnya aksi bertemu Bahrain selepas ini,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali import dari Korea Selatan itu enggan menuding jari kepada benteng pertahanan selepas melakukan kesilapan mudah untuk membiarkan pasukan lawan menjaringkan gol hasil ledakan Annadurdyyev.

“Kita boleh lihat pasukan belum sempurna dan masih me­lakukan kesilapan tetapi apa yang lebih penting buat saya adalah reaksi yang ditampilkan oleh mereka untuk kekalkan tumpuan di atas padang,” katanya.

Skuad negara yang meletakkan sasaran untuk layak ke pentas Piala Asia 2023 dijadualkan bertemu Bahrain pada aksi ke­dua menentang Bahrain esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI