fbpx

Geng Padil sasar samun warga asing tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN MOHD ZAHARI (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan termasuk parang dalam sidang akhbar di IPD Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Polis berjaya menahan dua lelaki dikenali sebagai Geng Padil yang aktif melalukan jenayah termasuk samun dengan mensasarkan warga asing, di sekitar daerah ini sejak lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, penahanan suspek dilakukan susulan satu laporan polis berkaitan kejadian samun membabitkan seorang mangsa warga asing di Indera Mahkota 14, di sini pada 6 Jun lalu.

“Dalam kejadian pukul 3 petang itu, suspek disyaki menggunakan sebilah parang untuk menakutkan mangsa sebelum melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa dengan nilai kerugian sebanyak RM700.

“Mangsa juga mengalami kecederaan luka di tapak tangan akibat terjatuh selepas ditolak suspek yang kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta yang menunggu di tempat kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, susulan daripada kejadian itu, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Unit Risikan Jenayah Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan telah menahan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki dua lelaki terbabit di jalan Batu Hitam, Beserah, di sini pada 8 Jun lalu.

“Suspek cuba melarikan diri namun kecekapan anggota berjaya menahan dua lelaki berkenaan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta terbabit menemukan senjata yang digunakan suspek, sebuah telefon bimbit, dompet, kad pengenalan dan beberapa komponen kenderaan dipercayai hasil kegiatan jenayah yang dilakukan.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek dipercayai turut terlibat dengan dua kes curi kenderaan, satu kes curi dan satu kes pecah kedai di sekitar daerah ini namun siasatan lanjut masih djalankan dan kami tidak menolak kemungkinan suspek sama juga terlibat dengan kes jenayah lain,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 12 Jun depan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya kedua-dua suspek tidak bekerja dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI