fbpx

Fadlun dilantik Presiden Perbadanan Putrajaya yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlun dilantik sebagai Presiden baharu PPj

PUTRAJAYA – Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan bermula 15 Disember tahun lalu.

Katanya, pelantikan Fadlun sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj yang ketujuh selaras dengan perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536].

“Beliau berusia 55 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta berpengalaman 27 tahun sebagai penjawat awam khususnya di pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan 22 tahun perkhidmatan di PPj.

“Selain itu, beliau memulakan kerjaya di PPj sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa pada Mac 2000, manakala jawatan terakhir beliau sebelum dilantik untuk menyandang jawatan baharu ini adalah Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) PPj,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahidan berkata, tempoh perkhidmatan di PPj memberi kelebihan kepada Fadlun mengemudi perbadanan tersebut di atas kapasiti pengetahuan dan kemahiran yang luas, selain pengalaman berkaitan pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Saya percaya dengan pengalaman serta daya kepimpinan dan kredibiliti yang dimiliki beliau berupaya memperkasakan lagi tadbir urus dan menerajui Perbadanan Putrajaya untuk terus cemerlang ke arah mencapai Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau turut berterima kasih atas sumbangan, kecemerlangan serta khidmat bakti Muhammad Azmi sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Presiden merangkap Pengerusi PPj sejak 1 Okt 2020 hingga 15 Disember lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI