fbpx

Dua pekerja terjatuh dari ketinggian 30 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua pekerja pembinaan terjatuh kira-kira 30 meter ke tanah selepas tergelincir keluar dari platform gantung. - The Sun

TEHERAN – Dua pekerja binaan di Urmia, wilayah Azerbaijan Barat di  Iran  maut selepas terjatuh dari  sebuah platform bangunan tinggi yang bergoyang akibat ribut pasir, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Mereka dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembinaan dari platform yang tergantung pada ketinggian kira-kira 30 meter di sisi bangunan itu.

Rakaman video oleh saksi kejadian memaparkan detik ngeri mangsa terjatuh ke bawah selepas tergelincir disebabkan platform bergoyang dan tidak stabil semasa ribut melanda.

Ketika kedua-dua lelaki itu berpaut pada struktur rapuh itu, tali pemegang platform menjadi tidak stabil, menyebabkan platform itu berulang kali melanggar dinding bangunan.

Akhirnya, mangsa pertama tergelincir dan terjatuh dari  platform tersebut, diikuti pekerja kedua  beberapa saat kemudian.

Pegawai tempatan berkata, seorang pe­kerja sudah mati ketika ditemui di atas tanah.

Mereka membawa mangsa kedua ke hospital tetapi dia di­sahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Jurucakap Pusat Pengurusan Perubatan Kecemasan Azerbaijan Barat, Baqer Bahrami mengesahkan kemalangan tersebut.

“Dua pekerja binaan yang be­kerja di sebuah bangunan tinggi hilang nyawa  selepas terjatuh ketika ribut pasir melanda.

“Kedua-dua mereka meninggal dunia dengan seorang di tempat kejadian,  manakala mangsa  ke­dua di hospital,” kata Baqer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI