fbpx

Dakwaan mangsa bunuh, bakar hamil tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat dipercayai wanita yang disyaki dibunuh dan dibakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar pada 31 Mei lalu.

IPOH – Polis menafikan dakwaan tular kononnya wanita yang dibunuh kejam dengan mayatnya ditemui dibakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar minggu lalu sedang hamil.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Kangsar tidak membuktikan mangsa hamil ketika kejadian.

Katanya, pihaknya percaya dakwaan itu ditimbulkan netizen ekoran insiden hampir serupa turut berlaku di India yang mana mangsa dirogol sebelum mayatnya dibakar.

“Dakwaan kononnya mangsa berusia 21 tahun dirogol, tidak benar. Ini adalah spekulasi yang dilakukan pihak tertentu di media sosial berkaitan kes rogol dan bakar seorang perempuan di India.

“Mungkin insiden itu yang mereka kaitkan dengan kejadian berlaku di Kuala Kangsar,” katanya ketika ditemui di Greentown di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya telah memperoleh perintah lanjutan reman ke atas teman lelaki mangsa berusia 20 tahun selama enam hari lagi selepas remannya berakhir hari ini.

Polis yakin suspek yang tidak bekerja mempunyai kaitan secara langsung dengan kes pembunuhan berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak dapat kata teman lelaki mangsa adalah suspek utama kerana siasatan masih berjalan. Berdasarkan siasatan, mangsa biasanya akan keluar rumah bersama keluarga atau teman lelakinya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI