fbpx

Brad Maloney, skuad B-23 Malaysia pulang tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B23 negara terpaksa akur pulang dengan tangan kosong selepas tewas 2-0 pada aksi terakhir menentang Vietnam pada aksi Piala Asia B-23 di Stadium Lokomotiv kelmarin.

LAYANGAN kad merah dan pe­nalti menjadi pemusnah skuad bawah 23 tahun (B-23) negara apabila menamatkan saingan Piala Asia B-23 dengan kekalahan 2-0 kepada Vietnam di Stadium Lokomotiv kelmarin.

Ia melengkapkan rekod buruk pengendali negara, Brad Maloney yang terpaksa pulang ke tanah air dengan tangan kosong susulan tewas kesemua tiga perlawanan, malah hanya mampu menghasilkan satu jaringan serta bolos sembilan kali.

“Sememangnya ia begitu mengecewakan kerana kami memulakan permainan dengan baik dan agak positif. Kad merah dan penalti nyata merubah corak permainan kami.

“Ia menyukarkan pemain saya tetapi saya juga harus berikan kredit kepada Vietnam,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan.

Terdahulu, Malaysia memulakan kempen dengan langkah kiri apabila tewas 4-1 kepada juara bertahan, Korea Selatan dan tewas 3-0 kepada Thailand pada aksi kedua, sekali gus berada di tempat terakhir Kumpulan C.

Berdasarkan keputusan pada penyertaan kali ini, masa depan Maloney terus menjadi tanda tanya ketika majoriti peminat mahukan perubahan dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI