fbpx

Berkat Korban 2022 anjuran AEON diteruskan lagi tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasuma Satria (kiri) bersama Ustaz Don Daniyal (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Berkat Korban 2022 di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) meneruskan penganjuran Berkat Korban 2022 sebagai usaha untuk memberi kemudahan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan ibadah korban tahun ini.

Program tersebut telah diadakan pada tahun 2020 dan 2021 yang mana ia telah memberi kemudahan kepada umat Islam melaksanakan ibadah korban mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi berkata, 2022 merupakan tahun ketiga AEON melaksanakan program Berkat Korban yang telah mendapat sambutan baik daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Menurut beliau, untuk program kali ini, syarikat bekerjasama dengan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad (Koperasi GTR) dan Townfarm.

“Program ini akan memudahkan urusan mereka di mana tempahan daging korban hanya perlu dilakukan melalui panggilan telefon atau pun dalam talian.

“AEON merupakan cawangan pusat beli belah pertama di Malaysia yang memperkenal program seumpama ini.

“Kesemua daging korban akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh Syariah dalam kita memastikan umat Islam yang mengambil bahagian dapat melakukan ibadah tersebut dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran Berkat Korban 2022 di Kuala Lumpur semalam.

Syarikat turut memperkenalkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ikon Berkat Korban 2022.

Berkat Korban 2022 akan dilaksanakan di seluruh cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu.

Kasuma menerangkan, Program Berkat Korban 2022 menyediakan dua kategori haiwan korban iaitu lembu dan kambing.

Seekor lembu seberat 210kg hingga 250kg akan dibahagi kepada tujuh (7) bahagian, harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah sebanyak RM880 manakala harga seekor kambing seberat 28kg hingga 30kg adalah sebanyak RM1,200.

“Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyumbangkan bahagian korban mereka kepada golongan asnaf,” ujarnya.

AEON mengunjurkan sebanyak 1,000 ekor lembu dan 200 ekor kambing untuk program ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI