fbpx

27 PATI dicekup sembunyi dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang dicekup dalam semak berhampiran sebuah sekolah di Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Cubaan 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di kawasan semak berdekatan sebuah sekolah gagal apabila dicekup pihak berkuasa di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, hari ini.

Kesemua 21 lelaki dan enam wanita warga asing berusia 15 hingga 63 tahun ditahan pukul 4.30 petang.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Rizal Mohamed berkata, helah persembunyian dilakukan PATI dipercayai baru tiba di negara ini dengan menaiki bot diketahui menerusi pemantauan pihaknya bersama Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sekitar kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati 27 individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah. Mereka dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Rizal, kesemua PATI itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI