fbpx

Didenda RM1,000 gagal jelas wang RM3.14 juta dalam akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 tertuduh ketika dibawa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

AMPANG – Seramai 10 lelaki masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan gagal memberi penjelasan wang berjumlah lebih RM3 juta milik seorang guru swasta lelaki dalam akaun bank mereka.

Majistret Normaizan Rahim menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Saifuddin Ismail, 29, Mohammad Anas Kamarudin, 31, Muhammad Ariff Ahmad Tajuddin, 29, Muhamad Helmi Ahmad, 39, dan Mohd. Syukur Maula Muhamad Desa, 32,.

Turut dihukum Mohd Hafiz Kamis, 38,  Muhammad Ikhwan Iswandy Ramli, 38, Mohd. Nizam Mat Jasat, 51, Khairul Mizan Mohamad Johari, 31, dan S.  Vikneswaran, 29. Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mereka didakwa ada dalam milikan wang berjumlah RM3.14 juta milik seorang guru swasta yang berusia 31 tahun yang mana kesemua tertuduh tidak dapat memberi penjelasan memuaskan bagaimana mereka memperoleh wang tersebut.

Jumlah paling rendah adalah RM40,000 manakala jumlah tinggi RM2.3 juta.

Kesemua kesalahan dilakukan di dua bank di Ampang di sini antara 20 Februari hingga 4 April lalu (2022) mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

terdahulu, kesemua tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak dan Kelvinder Singh Sidhu merayu hukuman rendah kerana anak guam mereka mempunyai tanggungan keluarga .

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam dan Annur Athirah Amran memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

“Sebagai pemegang akaun, tertuduh-tertuduh perlu mengambil tahu transaksi dalam akaun mereka,” kata pihak pendakwaan itu.

Mengikut fakta kes, mangsa menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Lelaki itu menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan berjumlah RM17,600.76 yang didaftarkan atas namanya.

Mangsa kemudian diminta membuka akaun bank baharu sebelum maklumat perbankan diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan akibat terperdaya dengan panggilan pegawai LHDN, seorang guru swasta kerugian pada Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI