ANGGOTA BTS, Jimin baru-baru ini membuat permohonan maaf dek kontroversi insurans kesihatan yang mencemarkan namanya.
Menerusi laman komuniti terkenal Weverse, Jimin membuat permohonan maaf tersebut, sekali gus meleraikan isu yang dihadapi.
“Saya minta maaf atas perkara yang menimbulkan kebimbangan ramai, saya kurang pengalaman dalam hal tersebut.
“Saya berjanji selepas ini, saya akan cuba menjadi seorang yang lebih matang supaya anda tidak perlu risau lagi,” katanya.
Pada Mei 2021, Jimin membeli sebuah apartmen seluas 244.35 meter persegi di Nine One Hannam secara tunai.
Tidak sampai setahun, kontroversi tercetus selepas ada pihak mendedahkan bahawa apartmen Jimin telah dirampas kerana insurans kesihatan premium yang dilanggannya tidak dibayar.
Justeru, Perbadanan Insurans Kesihatan Nasional merampas pangsapuri Nine One Hannam milik Jimin. Jimin juga menyedari kesilapan sendiri yang lewat membayar jumlah tertunggak secara penuh.