fbpx

Saya dah lama tahu, langsung tak terkejut – Ellie Suriaty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLIE masih dalam tempoh edah bersama Azri yang akan tamat pada 28 Ogos depan.

PETALING JAYA – Dramatis dan pengarah popular Ellie Suriaty mengakui langsung tidak terkejut susulan pendedahan bekas suaminya, Azri Iskandar bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya dalam masa terdekat.

Kata Ellie, dia juga tidak kisah dengan keputusan bekas suaminya itu meskipun tempoh edah mereka masih belum tamat selepas masing-masing bersetuju berpisah pada 17 Mei lalu.

“Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.

“Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan.

“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi,” katanya.

Tambah Ellie, dia juga langsung tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri untuk dijadikan peneman hidupnya kelak.

“Lebih baik saya teruskan kehidupan demi anak-anak dan tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

“Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini. Sebelum bercerai lagi, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

“Saya tak nafikan ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik dari saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar,” ujarnya lagi.

Semalam, Kosmo Online! melaporkan, Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.

Kata Azri, dia mengenali bakal isterinya itu dalam tempoh 12 hari selepas bercerai dengan Ellie pertengahan bulan lalu.

Terdahulu, Ellie memfailkan permohonan cerai ke atas Azri dan menerusi prosiding mahkamah, mereka disahkan bercerai pada 17 Mei lalu.

Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.

Sekadar info, Ellie dan Azri berkahwin pada 2003 dah hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Anak keduanya, Nur Aliah Omar Iskandar meninggal dunia selepas 15 minit dilahirkan, sementara anak keempatnya, Ahmad Muhammad Iskandar meninggal dunia dalam kandungan berusia lima bulan ketika penggambaran filem Penanggal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI