fbpx

Pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 30 Oktober 2018 menunjukkan sebuah pesawat Osprey milik tentera AS. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS)  bersama lima anggota Marin terhempas di selatan California semalam (hari ini waktu Malaysia), kata seorang jurucakap.

Belum ada berita tentang nasib mereka tetapi tentera AS menafikan pesawat berkenaan membawa bahan radioaktif apabila terhempas dekat Glamis, sekitar 35 kilometer dari sempadan Mexico.

“Kami boleh mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik Skuadron Pesawat Marin Ke-3 terhempas dekat Glamis.

“Lima anggota Marin berada di dalam pesawat dan kami masih menunggu pengesahan tentang nasib mereka.

 “Anggota pasukan kecemasan awam dan tentera berada di lokasi kejadian. Pesawat itu tidak membawa bahan nuklear seperti desas-desus yang tersebar di media sosial,” kata seorang jurucakap kepada agensi berita AFP

Pesawat terhempas itu dikenal pasti sebagai MV-22B Osprey yang berpangkalan di Kem Stesen Udara Kor Marin Pendleton.

 Osprey merupakan pesawat yang boleh berlepas dan mendarat secara vertikal (menegak).Ia berupaya terbang seperti helikopter tetapi memiliki jarak penerbangan dan kelajuan sebuah pesawat.

Tentera AS merekodkan sebilangan nahas udara melibatkan Osprey termasuk satu kemalangan di Norway yang mengorbankan empat anggota Marin. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI