fbpx

Penjawat awam perlu berani hadapi cabaran perlindungan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuki.

PUTRAJAYA – Penjawat awam perlu diperkasakan dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran bagi mendepani cabaran dan ancaman baharu dalam perlindungan keselamatan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, tidak dinafikan perubahan pantas teknologi membantu melancarkan sistem penyampaian awam namun, landskap keselamatan juga akan menjadi semakin kompleks.

Beliau berkata, pengenalan dan adaptasi terhadap teknologi baharu seperti Internet of Things (IOT), Artificial Intelligence (AI), Big Data, Bring Your Own Devices (BYOD) dan Cloud Computing turut membawa bersama risiko-risiko yang berkaitan.

“Risiko baharu itu dilihat berupaya mendatangkan ancaman baharu dan perlu ditangani dengan berkesan sama seperti ancaman tradisional yang wujud dalam bentuk fizikal sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, di sini hari ini.

Jelas beliau, inisiatif Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) menganjurkan konvensyen berkenaan dilihat mampu memperkasa kapasiti dan keupayaan agensi kerajaan dalam mendokong aspek keselamatan perlindungan dalam era digital.

Mohd. Zuki berkata, keselamatan perlindungan sememangnya sentiasa menjadi perhatian utama kerajaan sejak dari dahulu lagi.

Menurutnya, kewujudan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Kawasan Larangan Tempat Larangan 1959 adalah tunjang utama yang berfungsi untuk melindungi dan mengekang sebarang bentuk ancaman terhadap kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI