HARTFORD, Connecticut – Pesohor media sosial dari Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Stephanie Matto yang pernah tular menjual kentut, kini beralih menjual peluhnya, lapor laman FirstPost.
Matto memberitahu bahawa sebuah botol yang berisi peluhnya dijual pada harga AS$500 (RM2,197) menerusi klip video yang memaparkan cara dia mengumpul titisan tersebut dari bahagian dadanya sahaja.
Menurut laporan, Matto memperoleh sehingga AS$5,000 (RM21,977) setiap hari dengan menjual peluh tersebut di laman webnya.
Laporan juga mencadangkan bahawa bintang realiti itu mampu mengisi sehingga 10 botol apabila cuaca cukup panas.
Sebelum ini Matto menjana wang dengan menjual kentutnya di dalam botol.
Dai mengambil keputusan untuk berhenti kerana sudah tidak tahan mengikuti diet pemakanan merangkumi hanya kacang dan telur.
Kaedah pemakanan itu menyebabkan Matto mengalami sakit dada yang teruk dan mempunyai gas berlebihan dalam badan yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. – Agensi