fbpx

Pearly-Thinaah ke suku akhir Indonesia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kiri) dan Thinaah mengambil masa selama satu jam 31 minit untuk menundukkan pasangan Korea Selatan pada pusingan kedua Indonesia Masters sebentar tadi. - BAM

PETALING JAYA – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bangkit daripada kekalahan untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim pada pusingan kedua Indonesia Masters sebentar tadi.

Wakil negara di ranking ke-10 dunia itu tewas 21-23 dalam set pertama sebelum memenangi dua set berikutnya 21-17, 21-15 dalam aksi yang berlarutan selama satu jam 31 minit di Stadum Istora Senayan, Jakarta.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mara ke suku akhir kejohanan dan mengulangi pencapaian dilakukan mereka sewaktu edisi tahun lalu.

Ketika itu, Pearly-Thinaah kempunan untuk melangkah ke separuh akhir selepas tewas 14-21, 15-21 kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini tetapi masih banyak lagi perlu dilakukan dan fokus untuk perlawanan seterusnya esok,” kata Thinaah.

Di suku akhir esok, Pearly-Thinaah bakal berdepan pemenang antara pasangan Indonesia, Anisanaya Kamila-Az Zahra Ditya Ramadhani dan pilihan keempat kejohanan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai.

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah sudah berjaya memenangi satu gelaran Super 300 tahun ini selepas menjuarai Terbuka Switzerland pada Mac lalu.

Sementara itu, hasrat beregu campuran, Hoo Pang Roon-Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir tidak kesampaian selepas tewas 22-20, 5-21, 15-21 kepada beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI