fbpx

Kenderaan mewah, motosikal berkuasa tinggi banyak guna plat ‘fancy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menahan sebuah kenderaan pelbagai guna mewah yang didapati menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ semasa Op Perdagangan dan Ops Lancar di Machang baru-baru ini. /FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang mengeluarkan sebanyak 246 saman terhadap pemandu kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dalam Op Perdagangan dan Ops Lancar sejak sebulan lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, berdasarkan jumlah itu, kenderaan dari luar Kelantan yang berada di daerah ini didapati banyak menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

Menurutnya, kebanyakan pemandu kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi didapati mengubah suai warna nombor pendaftaran kepada warna perak dan emas yang pada mereka kelihatan lebih unik.

“Perbuatan tersebut menyalahi undang-undang jalan raya dan polis memandang serius berhubung isu ini.

“Selain mengeluarkan saman, kesemua pemandu yang terlibat diarahkan untuk menukar kepada nombor pendaftaran yang diluluskan dalam tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Derma Darah di IPD Machang di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Mohd. Zahir bersama isterinya, Sepinah Mat Husin turut menderma darah buat kali yang ke-20 daripada mereka.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Zahir berkata, kegiatan merempit dan samseng jalanan di Machang dilihat masih terkawal kerana pasukannya kerap menjalankan rondaan di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI