fbpx

Jangan rambang mata dengan tawaran The Citizens – Theo Walcott

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kanan) perlu fikir sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan menyertai Manchester City musim ini. – AFP

LONDON – Bekas pemain Arsenal, Theo Walcott menyeru agar bintang sensasi pasukan itu, Bukayo Saka tidak berhijrah pada jendela perpindahan kali ini demi kebaikan kariernya selepas dilaporkan mendapat tawaran daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Difahamkan, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola dilaporkan cukup berminat untuk menandatangani khidmat Saka memandangkan kontrak­nya bersama Arsenal hanya berbaki dua tahun lagi.

Kata Walcott, mana-mana pemain muda sudah pasti ‘rambang mata’ seandainya tawaran daripada kelab besar seperti City datang pada jendela perpindahan ini tetapi Saka perlu fikir sebaiknya sebelum membuat keputusan lanjut.

“Saya rasa dia perlu faham jika berhijrah ke kelab seperti City, peluang untuk mendapatkan minit permainan semakin berkurangan sehingga gagal memberi impak yang diharapkan dan tidak sama sewaktu ketika bersama Arsenal.

“Sudah tentu semua orang boleh tahu peluangnya untuk menjuarai trofi berprestij lebih tinggi jika menyarung jersi City, namun, saya harap dia bersabar kerana Arsenal ketika ini dalam proses untuk menjadi pasukan lebih kompetitif.

“Secara jujur, apa yang pe­ngendali Arsenal (Mikel Arteta) lakukan ketika ini sudah berada di landasan tepat kerana bukan Saka seorang sahaja pemain yang berpotensi, ada beberapa lagi pemain yang menyerlah musim lepas.

“Justeru, jika diberi ruang dan masa, Arsenal boleh memberi cabaran yang diharapkan dan saya tidak pasti ada venue lebih baik untuk bermain bola sepak berbanding di Stadium Emirates yang dianggap antara terbaik di dunia,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI