fbpx

Ismail Sabri memenuhi undangan kahwin anak Mohd. Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) memenuhi undangan majlis perkahwinan anak lelaki kepada Mohd. Yusof di Stadium Suka Menanti, Alor Setar hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail di Stadium Suka Menanti di sini hari ini.

Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam pada majlis itu untuk beramah mesra dengan pasangan pengantin, Ahmad Ikhram Mohd. Yusof dan Aida Fatini Azhar serta keluarga dan tetamu.

Turut hadir memenuhi undangan itu ialah beberapa anggota Kabinet antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Majlis resepsi pasangan pengantin itu berlangsung meriah dengan kalangan tetamu turut mengambil peluang bergambar bersama Perdana Menteri serta anggota Kabinet yang hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI