fbpx

HFMD: Jangan hantar anak ada simptom ke tabika, taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk tidak menghantar kanak-kanak ke tabika dan taska Kemas apabila sesi persekolahan dibuka semula minggu depan sekiranya anak-anak mereka menunjukkan simptom penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, setakat ini, sebanyak 105 tabika dan 75 taska kendalian Kemas di seluruh negara terpaksa ditutup selama 10 hari gara-gara penularan HFMD.

“Kita amat berharap situasi HMFD di hampir 11,000 tabika dan taska kelolaan Kemas di seluruh negara dapat kembali dikawal berikutan cuti persekolahan sepanjang minggu ini.

“Apa pun, kita akan bertegas melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) dengan memeriksa seorang demi seorang kanak-kanak terbabit sebelum dibenarkan mengikuti tabika dan taska pada minggu depan,” katanya pada majlis penutup program Asnaf Berdikari peringkat Terengganu di sini hari ini.

Mohamad Yasid menjelaskan, anak-anak yang mempunyai simptom HFMD kelak perlu diambil pulang semula oleh ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Jelas beliau, langkah tersebut bertujuan bagi mengelakkan penularan HFMD dalam kalangan murid dan anak jagaan lain di tabika dan taska kelolaan Kemas.

“Pada masa sama, guru dan pengasuh tabika dan taska berkenaan diarahkan untuk mengekalkan aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan murid sepanjang mereka berada di dalam kelas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI