fbpx

Gempar mayat lelaki dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba sedang mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam longkang besar di Jalan Papan, Pandamaran hari ini

KLANG – Suasana di Jalan Papan, Pandamaran di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang besar kawasan itu, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu dipercayai disedari orang awam yang ternampak mayat tertiarap di longkang tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan untuk membantu polis pukul 8.16 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)
Pelabuhan Klang dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati mayat lelaki yang hanya berseluar itu masih berada di longkang besar berkenaan.

“Anggota kita kemudian mengangkat mangsa dengan menggunakan alat pengusung dan tangga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hafisham, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai berusia 44 tahun dan mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI