fbpx

Dana untuk tangani krisis bencana alam tidak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Pasukan Tindakan Bencana Negeri (SDRF) menjalankan operasi menyelamat di kawasan banjir selepas hujan lebat di daerah Hojai di negeri Assam, India pada 19 Mei lalu. - AFP

LONDON – Satu laporan mendedahkan bahawa pembiayaan yang diperlukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani krisis bencana alam di seluruh dunia telah meningkat lebih 800 peratus dalam tempoh 20 tahun, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Laporan dikeluarkan oleh pertubuhan kebajikan global, Oxfam itu membuktikan bahawa krisis perubahan iklim dunia yang semakin teruk saban tahun telah mendorong peningkatan pembiayaan tersebut.

Lebih malang apabila negara-negara kaya dilaporkan hanya memperuntukkan separuh daripada dana yang diperlukan dan perkara itu boleh menjadi masalah untuk jangka masa panjang.

Pada 2021, PBB memerlukan AS$329 bilion (RM1.4 trilion) untuk mengatasi fenomena cuaca ekstrem seperti kemarau, banjir dan kebakaran hutan.

Pembiayaan berkenaan adalah yang paling tinggi dalam sejarah dan lebih dua kali ganda daripada jumlah yang disumbang oleh negara-negara kaya.

Ketua Eksekutif Oxfam Great Britain, Danny Sriskandarajah berkata, negara-negara kaya gagal menyalurkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi berkaitan bencana alam. 

“Mereka juga gagal menunaikan janji untuk menyediakan AS$100 bilion (RM439.4 bilion) bagi membantu negara-negara membangun untuk menyesuaikan diri dengan krisis perubahan iklim.

“Ia juga menyekat permintaan kewangan untuk membantu negara-negara membangun pulih daripada kesan yang dialami seperti tanah yang tidak boleh digunakan untuk pertanian dan infrastruktur yang rosak.

“Negara-negara kaya seperti Britain perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesan buruk yang ditimbulkan oleh pelepasan pencemaran dari mereka dan menyediakan pembiayaan baharu dalam mengatasi kerugian serta kerosakan yang berpunca daripada krisis perubahan iklim di negara-negara termiskin,” kata beliau.

Laporan itu antara lain turut menjelaskan bahawa negara-negara miskin yang sedang mengalami krisis bencana alam telah meminta sejumlah AS$63 bilion hingga AS$75 bilion (RM276.8 bilion hingga RM329.5 bilion) bantuan kemanusiaan dalam tempoh lima tahun lalu.

Bagaimanapun, kekurangan dana telah mengakibatkan kurangnya bantuan disalurkan di samping kemerosotan besar dalam pembiayaan keseluruhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI