fbpx

Cuaca buruk di Sarawak, Labuan pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda beberapa kawasan di Sarawak termasuk Labuan pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangkakan berlarutan sehingga pukul 1 tengah hari nanti.

“Di Sarawak melibatkan Kuching, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau) dan Miri (Subis, Beluru dan Miri).

“Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan membabitkan seluruh kawasan di Labuan,” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI