fbpx

Bayi perempuan bertali pusat dibuang di gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam beg plastik di gerai berhampiran sebuah universiti di Arau, Perlis hari ini.

ARAU – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui orang ramai di sebuah gerai berhadapan pintu masuk sebuah universiti di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan bayi tersebut pada pukul 9.10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu meninggalkan seorang bayi berdekatan sebuah universiti kira-kira pukul 8.20 pagi.

“JKM negeri telah pergi ke tempat kejadian 20 minit kemudian dan menjumpai bayi perempuan tersebut yang masih bertali pusat dan diletakkan di dalam plastik berwarna hitam.

“Pada pukul 9.50 pagi, pihak perubatan tiba di lokasi dan membawa bayi terbabit ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan susulan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Mohsin, pihaknya dimaklumkan oleh pegawai perubatan HTF bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan stabil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI