fbpx

Bantu atlet kurang ketagihan rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk Nanostix kini berjaya membantu menyelesaikan masalah ketagihan merokok yang serius dialami oleh atlet sukan tempatan.

KUALA LUMPUR – Produk Nanostix Innovations Sdn. Bhd. (Nanostix) bukan sahaja membantu atlet mengurangkan ketagihan pada rokok, malah ia turut membantu membina kerjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Buktinya, sehingga kini terdapat beberapa atlet yang sebelum ini terjebak dengan ketagihan merokok sudah dapat meninggalkan tabiat itu selepas mencuba produk Nanostix.

Menurut Pengarah Urusan Nanostix, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, antara atlet yang sudah ‘bebas’ daripada ketagihan merokok selepas mencuba Nanostix adalah seperti atlet bina badan negara, Zainal Arif Zainal Ariffin.

Jelas beliau, Zainal Arif yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Sea 2022 di Hanoi, Vietnam sebelum ini.

“Sebelum ini dia (Zainal Arif) mengalami masalah ketagihan pada rokok, pelbagai produk sudah dicubanya, namun tidak berkesan. Kami kemudian membantu beliau dengan memperkenalkan produk Nanostix.

“Selepas mencuba dan mengamalkan produk Nanostix, akhirnya atlet ini dapat mengawal ketagihan pada rokok dan kini dia telah berhenti sepenuhnya daripada merokok,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Shahabudeen Jalil berkata, hasil kejayaan tersebut, syarikat telah bersetuju untuk menaja atlet itu supaya dia dapat mencipta lebih banyak kejayaan dalam sukan yang diminatinya itu.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, selain Zainal Arif, pihaknya juga telah membantu seorang lagi atlet yang kini sedang menempa nama dalam dalam sukan golf di Malaysia iaitu Muhammad Syakir Adli Azmi, 24.

Shahabudeen JALIL (kiri) bersama Muhammad Syakir menunjukkan produk Nanostix.

Beliau memaklumkan, atlet tersebut mengalami masalah ketagihan pada rokok sejak berusia 18 tahun, namun berjaya berhenti merokok sepenuhnya pada umur 22 tahun selepas menggunakan produk Nanostix pada tahun 2019.

“Kini, Muhammad Syakir Syakir antara atlet yang kita taja dan bimbing. Kita bukan sahaja menyediakan dana dan peralatan golf, malah kita turut menyediakan kemudahan jurulatih, latihan gimnasium dan juga makanan tambahan kepadanya.

“Pada masa sama kita turut memantau tahap kesihatan dan prestasi atlet ini supaya dia tidak kembali kepada tabiat merokok,” ujarnya.

Tambah Shahabudeen Jalil, beliau juga ingin menjadikan atlet itu sebagai pemain golf nombor satu negara pada masa hadapan dengan hasil bimbingan dan pemantauan daripada pihaknya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selain membantu para atlet membina kerjaya dalam bidang masing-masing, pihaknya juga berhasrat untuk membantu industri sukan dengan penganjuran beberapa kejohanan golf dan bina badan selepas ini.

“Kita telah merangka beberapa penganjuran kejohanan bagi kedua-dua acara sukan ini pada masa hadapan dan matlamat kita adalah supaya lebih ramai lagi atlet merokok dapat kita bantu,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Syakir ketika ditemu bual mengakui, dia kini bebas daripada ketagihan merokok selepas menggunakan produk Nanostix pada tahun 2019.

Katanya, sebelum ini dia adalah perokok tegar sejak berumur 18 tahun lagi dan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu pada usia 22 tahun selepas diperkenalkan dengan produk Nanostix.

“Selepas bebas daripada ketagihan merokok, kesihatan saya juga bertambah baik. Jika sebelum ini saya cepat penat dan lesu untuk menghabiskan 18 lubang setiap kali kejohanan golf.

“Selepas tidak lagi terjebak dengan rokok dan mengamalkan produk Nanostix badan saya lebih bertenaga dan saya lebih fokus dan lebih yakin setiap kali menyertai kejohanan sama ada di dalam mahupun di luar negara,” ujarnya.

Tambah Muhammad Syakir, impiannya untuk bergelar pemain nombor satu pada suatu hari nanti akan tercapai sekiranya dia konsisten pada setiap kejohanan dan tidak lagi terjebak dengan ketagihan merokok.
“Saya akan memberi tumpuan sepenuhnya pada kejohanan akan datang serta membawa nama Nanostix ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI