fbpx

Aksi jelajah ke Jakarta perkukuhkan skuad Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE mahu anak-anak buahnya meraih pendedahan antarabangsa menerusi jelajah menentang beberapa kelab Indonesia di Jakarta.

PASUKAN Sabah FC mempunyai misi untuk mendedahkan pemain dengan aksi kompetitif selepas melakukan siri jelajah antarabangsa menentang beberapa kelab Indonesia di Jakarta sejak minggu lalu.

Sebagai rekod, kesempatan tempoh rehat Liga Malaysia (Liga M) ketika ini bagi memberi ruang kepada aksi antarabangsa telah digunakan sebaiknya oleh skuad The Rhinos dengan mengatur tiga perlawanan persahabatan di negara jiran tersebut.

Sabah yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee telah merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Persija Jakarta pada Ahad lepas sebelum tewas 0-1 dengan kelab Bhayangkara FC, kelmarin.

Kata Kim Swee, bukan kemenangan yang menjadi buruan sebaliknya memberi pendedahan serta pengalaman antarabangsa buat barisan pemain agar dapat kekal kompetitif pada baki sai­ngan Liga M musim ini.

“Keputusan untuk melakukan siri jelajah di Indonesia ini bukanlah memburu keputusan positif semata-mata kerana apa yang le­bih penting adalah pendedahan.

“Tidak kira pemain utama atau simpanan, yang penting mereka faham tentang apa yang pasukan lakukan. Bukan individu yang menentukan kemenangan kita tetapi kerjasama dalam kalangan pemain lebih mustahak.

“Kita masih mempunyai satu lagi aksi persahabatan sebelum pulang ke tanah air nanti dan saya harap kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh pasukan sebelum aksi Liga M bersambung semula nanti,” kata Kim Swee.

Skuad The Rhinos yang kini menduduki tangga kedua Liga Super dijadualkan berdepan dengan Persiba Balikpapan pada aksi persahabatan terakhir esok.
Selepas itu, fokus pasukan akan terarah pada saingan Liga Super bertemu Sri Pahang di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 18 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI