fbpx

5 geng curi motosikal di SPT masuk jerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafee.

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri motosikal yang dipercayai didalangi lima kumpulan jenayah berbeza dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ketika ini.

Lima kumpulan terbabit dikenali sebagai Geng Kupang, Geng Humairah, Geng Chot, Geng Pondok dan Geng Junjong.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, seramai 21 ahli kumpulan terbabit yang terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita turut ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati sebahagian tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah seperti kes curi motosikal, pecah rumah dan dadah.

“Polis juga berjaya merampas 12 buah motosikal, tiga casis dan sebuah enjin motosikal susulan tangkapan ini.

“Dengan tertumpasnya sindiket ini, polis percaya beberapa kes kecurian motosikal di sekitar Pulau Pinang yang dilaporkan sebelum ini berjaya diselesaikan,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu kata Shafee, antara April hingga Mei lalu, sebanyak 37 buah motosikal telah dilaporkan hilang dalam daerah SPT.

Susulan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi menyiasat kes berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI